Ya,, setelah sekian lama xpost benda2 kat sini, memandangkan spm smakin dekat dan time pulang bermalam makin sdikit,, jd nk post rr something yang sgt menarik,,tamat muqaddimah =)
Baiklah,, nak ckp psl tamadun,, sprti yg kita ketahui dalam bku sejarah,, antara tamadun awal yang
muncul di muka bumi Allah ini ialah tamadun Mesopotamia, tamadun Mesir Purba, tamadun Indus,
dan Tamadun Hwang Ho...
Kemunculan ke-empat2 tamadun mega ini mempunyai persamaan yang sama antara satu sama
lain iaitu penempatan asal mereka yang bermula daripada SUNGAI atau RIVER~
Sekiranya kita mempelajari subjek SEJARAH, kita mendapati fungsi sungai sangat penting
kepada peradaban manusia pada waktu itu untuk meneruskan kehidupan ~(^.^~)
Namun, sama ada kita tahu atau tidak,, ada 1 lg tamadun yang lebih hebat, gempak, cemerlang,
gemilang dan terbilang! iaitu TAMADUN ISLAM~! ^^
Jd,,tamadun ni mula kat pdg pasir! desert! kering! panas! hot! berdebu! xde pape! mcm ni =(
Tetapi,,dengan kekuasaan Allah yang Maha Hebat,,(Allahu akbar!) Sebuah tamadun yang
mempunyai pentadbiran yang cemerlang dan masyarakat konvensional yang gemilang
serta pemimpin agung yang terbilang iaitu Nabi Muhammad S.A.W. dapat bertapak di kawasan
yang kering kontang ini. Tetapi, tamadun ini tidak berakhir di sini saje,, ia diteruskan dengan
kerajaan2 selepas ini..... =)
Bermula dengan Makkah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. (Dakwah - Pembinaan manusia)
Madinah Al-Munawwarah - Negara Islam pertama di dunia (Daulah - Permulaan kuasa)
Kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin - 4 pemimpin yang benar (Pengukuhan dan perluasan)
Kerajaan Bani Ummayah (Perluasan)
Kerajaan Bani Abbasiyah - Kemuncak kegemilangan tamadun Islam (Ustaziyatul 'Alam)
Kerajaan Turki Uthmaniah - Kejatuhan Rom Byzantine
Turutan kerajaan serta gambar yang ditunjukkan menunjukkan bahawa betapa gemilangnya
Tamadun Islam beberapa tahun dahulu. Namun selepas jatuhnya kerajaan Turki Uthmaniah, maka
hancurlah institusi Khalifah yang bertanggungjwab menaungi umat Islam di seluruh dunia.
Tidak lupa juga, kejatuhan Islam telah membawa kepada kebangkitan Barat yang dikenali sebagai
IMPERIALISME, iaitu penguasaan negara-negara imperialis terhadap negara lain untuk
kepentingan mereka sendiri.
Khalasatul qaul (konklusinya), kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh, membuat
persepakatan minda, serta meluaskan horizon pemikiran kita sebagai umat Islam, agar tamadun
Islam yang dahulu gemilang, dapat kembali semula. =)