Thursday, March 17, 2011 | By: ArsyadZulkifli

Sekadar peringatan~~


TSUNAMI di Jepun telah membawe impak yg besar kpd pnduduk nye,,wlopon prkara itu bru shj brlalu,,,namun semua insan masih x sedar2 lg,,haishh,,klo tgok kt negare kite yg trcinta skrg niyh iaitu MALAYSIA,,,zina masih brleluasa,,gejala sosial tros brlaku tnpa ade titik noktah,,,adekah kte nk tggu Allah tronkn bala bru insaf??? sudah jatoh ditimpa tgge,,sesal dahulu pndapatan,,sesal kemudian xbrgune,,marilah kite semua brmuhasabah diri sebelum bala-Nya tibe,,ssungguhnye tanda2 kecil itu telah muncul,,,bgkitlah pemuda harapan UMMAH,,,bngkitlah drpd tidur mu yg pnjang dan lena,,,=)


Allah SWT berfirman: Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An’aam: 120)



inilah kekuasaan-Nya,,apabila hambaNya leka dan lalai untuk melaksanakan perintahNya,,



kerosakan, kerugian serta kehancuran,,yang brpunca drpd

SIKAP manusia sendiri,,,



selepas kne gempa bumi,,,kne tsunami,,lps tu radiasi nukleur,,,



adekah kite ingin tggu smpai bnd ni brlaku? ingat2 lah diri itu,,


(nasihat ini dtujukn kpd diri sndiri dan sumer org,,segale ksilapan semase mnulis nota ini didahului dgn infiniti kemaafan,,biaselah, nme un mnusia biase,,byk wat salah~~,,*alang2 dh bce tuh,,sbarkn skali ye,,smoge kite semua brde di dalam maghfirah-Nya dan keredhaan-Nya)

Friday, March 11, 2011 | By: ArsyadZulkifli

Jadilah kamu pemegang kunci kebaikan =>


“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”.[ Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani]

Jadilah pemegang kunci kebaikan kerana ia akan mendapat keredaan Allah dan balasan syurga. Jadilah hamba Allah yang soleh dengan menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain juga menjadi sepertinya. Golongan ini sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredai oleh Allah SWT. Orang ramai akan mencarinya bila mempunyai sesuatu keperluan berupa kebajikan malah dia bersedia untuk membantu orang lain dengan senang hati tanpa upah dan ganjaran. Memadailah ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak.

Jangan jadi golongan yang kedua iaitu pemegang kunci keburukan. Golongan ini melakukan kejahatan malah turut mendorong orang lain untuk melakukannya. dia mempromosi perbuatan maksiat dan dosa. Dia mendapat dosa malah turut memikul dosa orang yang mengikutinya. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :

“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka." ( Imam Muslim )

Maut yang MATI,, (kebahagiaan dan penyesalan)


Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al Khudri ra. :

Rasulullah SAW pernah bersabda, "Pada hari kiamat, maut akan dibawa maju ke depan dalam bentuk biri-biri jantan berwarna hitam dan putih. Kemudian sang penyeru akan memanggil, 'Wahai para penghuni syurga'. Mereka akan memutar leher mereka dan melihat dengan hati-hati. Yang memanggil akan berkata, 'Tahukah kalian apa ini?' mereka berkata, 'Ya. Maut'. Pada saat itu mereka semua dapat melihatnya.


Kemudian akan diumumkan kembali, 'Wahai para penghuni neraka!'. Mereka akan memutar leher mereka dan melihat dengan hati-hati. Yang memanggil akan berkata, 'Tahukah kalian apa ini?' mereka akan berkata, 'Ya. Maut'. Dan pada saat itu mereka dapat melihatnya.


Kemudian biri-biri jantan itu akan disembelih dan sang penyeru akan berkata, 'Wahai penghuni syurga! Keabadian (untuk kalian) dan tak ada kematian. Wahai penghuni neraka! Keabadian (untuk kalian) dan tak ada kematian'".


Kemudian Nabi Muhammad SAW membacakan ayat berikut : Berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, ketika segala perkara diputuskan. Mereka dalam kelalaian dan mereka tidak pula beriman. (QS. Maryam [19]:39)