Tuesday, September 7, 2010 | By: ArsyadZulkifli

Chronology of the Future Golden Age of Islam


This is the chronology of the Future Golden Age of Islam.



2020 - The Caliphate Grand National Assembly decides to establish back the Caliphate System. Malaysia and Indonesia combine and become the Government of Ar-Rasyidin. The leader is the Prime Minister of Malaysia, Imran Al-Zahran.


2023 - The government changes it's name into Khulafa' Al-Mu'minin. The Caliphate continues to spread the words of Allah throughtout South Asia. The alliance start to influence the people of East Africa and Australia. Meanwhile, the confederency has already start their campaign to war against the Muslims by influencing the people at Centre Asia.

2025 - The soldiers of Allah continues to march, until they reach the border of Turkey(U.A.) and Kazakhstan(R.C.). At the same time, the alliance sents 1st Division of Royal Navy Army to conquer Malaysia.


2027 - The alliance's reign at Australia doesn't last long. The Muslim Army under Commander Anas Yusuf has liberate Australia. This situation threatens both the confederency and the alliance. The president of Russia then decides to attack Pakistan. This has causes the Muslims' empire to divide into 2 parts.

2028 - The confederency is trying to conquer Malaysia by marching towards South-East Asia, while the alliance continues to spread their influence at Africa.



2030 - Unfortunately, the caliph sends 10 Elite Army Mujahidin to get into Russia's territory and the soldiers manage to force President Vladimir Stamin to sign the surrender treaty. Finally, the Russia Confederency era comes to an end. All of the confederency territories fall to the Caliphate.



2031 - The world is now divided into 2 sides. Khulafa' Al-Mu'minin and United Alliance. After that, Caliph Imran Al-Zahran retires after a long services, and the reign is continued by his successor, Malik Ridwan.



2034 - History is recorded. The biggest Muslim's empire since Prophet Muhammad's p.b.u.h reign has been achieved. But the war does not ends here. The word of Allah must be spread throughout the world. The president of the alliance then decides to launch a full-attack at Ireland, where the Muslims are camping. It is the one and only neutral country left. After a few month, the war ends. The Caliphate achieves victory. But many of the Muslims die as a matyr. As for the alliance, they retreat back to their homeland.



2036 - After the lost of alliance at Iceland, the caliph orders the army to divide into 2 groups. One head to North America and another one go to South America.


2037 - United Alliance is surrounded by the Muslims' territory. The situation is very desperate.



2039 - President Sullivan MacMichael raises the white flag. The world order is finally restored under Caliph Malik Ridwan's reign.


Hopefully, this kind of chronology will come true. As long as we hold the Quran and Sunnah, we will not fall and one day, we will rise... insya-Allah =)
Monday, September 6, 2010 | By: ArsyadZulkifli

Kepada semua bakal penegak syiar ISLAM



Menjadi Pemimpin yang Diredhai


Pemimpin satu amanah dan bukannya tempat mencari kemuliaan sebab amanah ini akan ditanya di akhirat nanti. Realitinya hari ini pemimpin dipuji, diberi sambutan dan tepuk sorak. Siapalah tidak ghairah pasang angan-angan menjadi pemimpin, hingga ada yang berkata: “Asyik dia orang saja dapat, bila lagi giliran aku pula.”

Islam sejak beratus tahun lampau mencipta rekod kepemimpinan di pelbagai benua dan kota, terus melakarkan beberapa pra syarat agar pemimpin betul-betul ‘menjadi’ dan orang yang dipimpin menerima nikmat kepemimpinan, bukan hanya terpimpin selamat di dunia malah juga di akhirat nanti.

Syarat pertama pemimpin ialah iman. Dalam surah al-Kahfi Allah menyatakan iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin.’

Imun maknanya kebal daripada maksiat dan kebal daripada rasuah. Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik, bukannya hipokrit. Manakala ‘amin’ pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah .

Syarat kedua
ialah ilmu kepemimpinan. Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu.

Makna kepemimpinan ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap. Jika tidak ada ilmu, sepak terajang dan kerenah kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin.

Syarat ketiga
ialah ’selfleadership.’ Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin?

Perkataan ‘leader’ merujuk kepada tanggungjawab (al-mas’uliyah). Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Setiap kamu dalam pemimpin dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawab berdasarkan apa yang kamu pimpin.”

Syarat ini menggambarkan orang yang memimpin itu mampu bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti.

Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan mengkambing hitamkan orang lain demi keselamatan diri.

Syarat keempat
ialah pemimpin memerlukan ‘The Power Of Communication.’ Ketika berinteraksi dengan pengikut akan menghadapi pelbagai kerenah, keinginan dan tuntutan yang semestinya mampu menenangkan mereka walaupun hajat tidak tertunai, bukannya putar belit.

Cara berkomunikasi ada empat:

1. Cakap mudah difahami, bahasa terang, arahan jelas tidak berbelit-belit.

2. Kesamaan. Setiap orang mudah didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol. Pasangan berkahwin sebab banyak kesamaan antara mereka. Mereka nescaya bercerai jika ada banyak perbezaannya.

3. Ikhlas. Walaupun ikhlas terletak di hati dan tidak nampak dengan mata namun ia dapat dirasai. Jika tidak ikhlas seakan ada satu gelombang yang mengganggu perasaan orang yang dipimpin. Kata-kata tidak tajam tidak masuk di hati.

4. The power of service. Cakap hanya perlu pada tempatnya tetapi bertindak semestinya lebih banyak. Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Renungilah kata-kata Khulafa' Ar-Rasyidin


Khalifah Abu Bakar As Siddiq berkata :


Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu :

·
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.

·Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.


·Hartanya akan menjadi rebutan orang-orang jahat lalu dipergunakan untuk kejahatan pula.

·Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.



Khalifah Umar Al Khattab berkata :


· Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

· Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

· Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

· Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


Khalifah Uthman Ibnu Affan berkata :


Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

· Hatinya selalu berniat suci

· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah

· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)

· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah

· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


Khalifah Ali Karramallahu Wajhah berkata :


· Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.

· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,sesiapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, sesiapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak. Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Cintaku pada Ramadan


Wahai Ramadhan,

Betapa bersyukurnya aku...
Kau telah datang menghampiri,
Membawa berita gembira,
Untuk kami penduduk bumi...


Wahai Hatiku,Tahun ini aku janji...
Masjid akan ku jejaki,
Takkan ku tinggalkan walau sehari...
Moga dengan izin Illahi,
Lailatul Qadar dapat ku dakapi...


Wahai Ramadhan,
Bulan penuh keindahan,
Bulan penuh pengorbanan...
Semoga dosaku yang silam...
Dapat diampunkan...


Wahai hatiku,
Ramadhan sudah menjelang...
Di fikiran jelas terbayang,
Akan keseronokan menyambut Ramadhan...


Wahai Ramadhan,
Sebulan berjalan waktu..
Tanpa ragu-ragu..
Ramadhan yang ku tunggu..
Kini akan membawa aku..
Menemui cintaku Yang Satu..


Ramadhan ini yang sudah beransur pergi,
Pasti akan ku tangisi,
Semoga..
Cintaku pada Pencipta..
Kekal setiap hari,
Bukan hanya sepanjang ramadhan ini..



-diadaptasi daripada iluvislam.com-
Sunday, September 5, 2010 | By: ArsyadZulkifli

Bangkitlah REMAJA, daripada tidurmu yang panjang...



kalau ada orang yang ajak pada kebaikan,

dengar lah..

kalau tak nak ikut, tak yah ikut..

tidak perlulah hina orang yang ajak kepada kebaikan..

an-nar afdhalu fihi!!

inilah orang zaman sekarang...

orang agama dipinggirkan...

orang dunia dibanggakan...

tidak takutkah kamu pada seksa neraka?

tidak takutkah kamu pada YANG MAHA ESA?

tidak takutkah kamu pada YANG MAHA KUASA?

tidak takutkah pada MAHA PENCIPTA?

maksiat berleluasa...

jelas merata-rata...

kenapa ULAMA' dijatuhkan??!

kenapa ULAMA' disisihkan??!

ayuhlah anak muda..

pemangkin negara masa hadapan..

kata seorang tokoh,"kalau nak tahu corak pimpinan masa hdapan,tengoklah remaja zaman sekarang."

kalau beginilah anak remaja zaman sekarang..

confirm2 runtuh negara masa depan..

kerajaan apa zaman sekarang?

hal remaja buat xtahu..

kempen2 bodoh dijalankan..

duit masuk poket..

mana negara nak maju..

orang nak tegakkan ISLAM itulah yg dicari, (amar ma'ruf nahi mungkar)

sedarlah pemimpin..

anak muda zaman sekarang perlukan pendidikan berasaskan agama ISLAM..