Monday, November 28, 2011 | By: ArsyadZulkifli

Words of Wisdom



"Kekuatan kita dalam mengatasi cabaran-cabaran akan datang bukan sahaja terletak pada pengalaman kita dalam memula dan mengurus perubahan pada masa lalu, tetapi juga pada kesanggupan kita untuk melakukan lebih daripada itu pada masa hadapan.”




-Tun Dr. Mahathir Mohamad




"Everyone of us must respect each others rights and feelings, be tolerant of each others religions, customs and habits for in diversity we can truly find real unity."



-Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Sunday, November 27, 2011 | By: ArsyadZulkifli

Tangisan Insan Bergelar Lelaki



Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,

Maka hilanglah sifat pemimpinnya.


Air mata seorang lelaki,...

Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,

Maka hilanglah sifat redhanya.


Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,

Maka terbitlah sifat belas ehsannya.


Air mata seorang lelaki,

Andai mengalir kerana terluka,

Maka hilanglah sifat kekuatannya.


Air mata seorang lelaki,

Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,

Maka bergembiralah,

Kerana air mata yang sedikit itu mampu,

Memadamkan api neraka kelak.


Maka siapakah aku untuk mengharap empunya air mata itu,

andai air mataku cuma sekadar air mata dunia...



source : Wajhu kitab =)




The Strength of The Ummah Depends on It's Youth







Problem statement:1)bagaimana mengatasi sikap sesetengah pelajar


Islam yang terlalu hebat berFB?





2)bagaimana kita dapat meneruskan tarbiah kepada pelajar Islam


setelah tamat persekolahan agar tidak terlalai?







Hypothesis: Jika FB dapat digunakan dengan baik untuk tarbiyah,


maka kedua masalah tersebut dapat diatasi.







Apparatus:Komputer, internet, kumpulan pejuang Islam muda di semua sekolah






Procedure: 1) Tubuhkan sebuah persatuan khas utk SEMUA


pelajar Islam seluruh Malaysia






2) Usulkan penubuhan persatuan tersebut kepada KPM agar diiktiraf





3) Buat group FB sebagai pusat kegiatan persatuan






4) Dapatkan kerjasama KPM/semua sekolah agar setiap pelajar diambil alamat


FB mereka untuk di-add-kan dalam group ini.






5) Penuhkan page group tersebut dgn bahan tarbiah(nasib lah diorg baca ke tak,


kita hanya mampu menyampaikan)









Discussion: 1) kerjasama antara pelajar Islam dapat ditingkatkan





2) pelajar Islam tetap berada dalam group tersebut sehingga bila2





3) mewujudkan group muslim yg kuat di malaysia kerana kalau


setahun 10000 orang pelajar Islam, dalam masa beberapa


tahun kita boleh capai bilangan yang amat banyak





4) memudahkan kerjasama dan perancangan masa depan yang


lebih aggresif utk memartabatkan Islam di Malaysia







p/s : Group telah ditubuhkan di :










Hijrah 1433




Hijrah






satu perkataan,


satu frasa,


satu 'word'


satu kalimah






yang membawa satu maksud,

satu perubahan,


satu transformasi,


satu revolusi,


yang besar kepada seluruh dunia






Hijrah membawa suatu kesan dan impak yang sangat besar


kepada alam ini.





Di mana, hijrah telah menunjukkan


betapa pentingnya pengorbanan dalam sebuah perjuangan,





Namun, sejauh manakah kita menghargai,


kita menghayati pengorbanan


yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. serta umat Islam


pada waktu itu?





Adakah dengan hanya sekadar mengucapkan,




'Selamat Ma'al Hijrah, moga tahun ini lebih baik dari tahun


sebelumnya' ?




Tidak wahai saudaraku sekalian,



Kalau ya, mengapakah masih berlaku jenayah,


maksiat,


rasuah,


pergaulan tanpa batasan,


pergaduhan,


dan gejala sosial yang lain?




sedangkan, tiap-tiap tahun kita menyambut hari


yang mulia ini.




Jadi, marilah kita menginsafi kesalahan diri,


bermuhasabah di dalam hati insan nurani,


supaya, hijrah yang sebenar dapat dihayati,


dan seterusnya, membawa perubahan dalam diri.







Pergi ke luar, dilihatku embun,


Segala kesilapan, harap diampun.





"Sesungguhnya, orang-orang yang beriman,


berhijrah dan berjihad di jalan Allah,


mereka itu mengharapkan rahmat Allah


dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."


(al-Baqarah: 218)