Friday, February 17, 2012 | By: ArsyadZulkifli

Impian Yang Mesti Dicapai


Suatu hari, kita sedang menjamah makanan yang sangat lazat dan sedap serta enak sehingga menjilat jari. Aromanya membuat kita ingin memakan semuanya. Meja yang besar cuba dipenuhi. Namun, perut yang kecil menjadi penghalang. Selesai sahaja makan, perut sudah memulas, nafas semakin tidak menentu. Makanan yang lebih sedap yang tersedia di atas meja sudah tidak mampu lagi untuk membuat kita terus melakukan proses pencernaan fizikal dan chemical. Bukannya tidak sedap, namun itulah hakikatnya yang dinamakan resmi perut. Bila lapar, semuanya manis. Bila kenyang, semuanya pahit.


Tapi sebenarnya bukan nak cerita pasal makanan. Yang saya tulis di awal tadi tu sebenarnya analogi sahaja, untuk orang yang dikenali sebagai 'pelaku maksiat'. Seorang pelaku maksiat, bermula daripada rokok, kemudian ke disko, pergaulan bebas, dadah, dan akhirnya terjerumus ke kancah penzinaan. Jika ditanya kepada pelaku maksiat, hang xbosan ke? bila nak habis wat maksiat? Bukan ke hang dah wat maksiat smpai kemuncaknya ke???


Haaa,,inilah realiti dunia. Sesungguhnya orang yang dilabel sebagai pelaku maksiat, tidak ada kesudahan kecuali kesudahan yang mencacatkan.... Hal ini disebabkan, mereka tidak nampak apa ganjaran yang bakal mereka peroleh sekiranya meninggalkan perkara tersebut, iaitu syurga abadi kekal selamanya~ Berapa ramai org yg mengimpikan rumah idaman, kereta mewah seperti proton dan kancil, anak dan keturunan,, namun,,minoriti sahaja yg memikirkan tntg istana syurga masa hadapan,,kerana ganjaran itu tidak nampak di hadapan mata...


Nabi Muhammad S.A.W. ada bersabda dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Allah berfirman : Sesungguhnya aku telah menyediakan syurga bagi hamba-hambaku yang soleh, apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar, serta tidak terdetik di dalam hati."


Jadi kita tengok balik konteks hadis tu,, lafaz 'Aku telah menyediakan.." ataupun "a'dadtu" merupakan fi'il madhi (yg dh lps) dan bkn fi'il mudhari' (sekarang),,maknanya,, Allah telahpun sediakan syurga,, Hadis ni diturunkan approx dalam 1400 tahun dahulu,, tapi Allah telah guna fi'il madhi tersebut pada waktu itu !


Hal ini demikian kerana,, Allah sudah menghiasi syurga dengan seindah-indah hiasan untuk menyambut tetamunya yang soleh dan solehah. Samalah mcm seorang ibu yang mnyediakan hidangan yg sdp2 utk anaknya yg bru pulang dr luar negara...


Allah berfirman : "Sesungguhnya penghuni syurga pada waktu itu berada dalam kesibukan." Kesibukan di dunia sangat berlainan dengan kesibukan di syurga.. Di dunia,, kesibukan hanya memberikan kita penat, penat, dan semestinya penat. Namun, kesibukan di syurga ialah kesibukan menikmati nikmat yang diperoleh di dalam syurga. Bukan itu sahaja,, bagi sang pencinta wanita juga pasti terkesima dengan janji bidadari yang tiada tolok bandingnya. Manakan tidak,, sebanyak mana pun harta melimpah,, sekacak mana pun kita di dunia,, belum tentu ayat manis kita mampu memikat Ratu Cantik Dunia. Namun, sekiranya berbekalkan poket yang kosong tapi iman yang kuat dan mantap, sudah tentu kita akan memperoleh janji Allah yang lagi cantik daripada infiniti ratu cantik dunia iaitu bidadari di syurga....


Untuk merealisasikan impian,,mestilah menghindari maksiat..Untuk menghindari maksiat,, impikanlah syurga,. Sekiranya tidak mampu,, tanyalah kepada diri sndiri,, adakah aku mampu untuk mendapat syurga-Nya kerana maksiat yang aku lakukan selama sejam, seminit, sedetik? Bukankah sedetik di syurga itu lebih baik dari dunia dan segala isi-isinya?


Sampai di situ sahaja,, segala yang baik itu datang drpd Allah dan yg buruk itu dtg drpd kelemahan diri saya sndiri,, sekian ,, Assalamualaikum w.b.t.~ =D




0 comments:

Post a Comment