Saturday, April 17, 2010 | By: ArsyadZulkifli

Ciri-Ciri Keluarga Bahagia


Kita sering mengingini atau menghajati sebuah keluarga bahagia. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Ciri-ciri dibawah boleh dijadikan asas untuk membina sebuah keluarga yang diredhai Allah :-

1. Keluarga yg dibina di atas prinsip2 Islam; rabbani, menghormati hak dan kebebasan individu yg dikawal oleh ajaran Islam, mengamalkan persamaan status manusia kecuali yg telah ditentukan berbeza oleh Islam, melaksanakan keadilan, musyawarah dan mendukung perdamaian sejagat.


2. Dapat menyempurnakan rukun2 keluarga; sakinah, muwaddah dan rahmah. Rumahtangga mestilah mampu menjadi tempat tinggal yg menenangkan, tempat membina rasa cinta dan kasih sayang sesama keluarga dan menjadi sumber memupuk rasa belas kasihan dan tanggungjawab.

3. Dapat memainkan peranan sebagai institusi mendidik anak2 sehingga mereka menjadi generasi yg muttaqin, amilin, solihin, muslihin dan layak memikul tugas sebagai hamba Allah.

4. Dapat memenuhi objektif perkahwinan:

i. Untuk menjamin pembiakan keturunan manusia secara yg sah daripada sudut agama dan undang2 serta mulia dari sudut pandangan masyarakat manusia yg normal.

ii. Menentukan supaya keturunan manusia dapat disahkan, memelihara status rumahtangga, hubungan keakraban yg harmoni, erat dan mesra.

iii. Menjamin keredhaan, rahmat dan restu Allah dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment