Friday, April 16, 2010 | By: ArsyadZulkifli

Ciri-ciri pemuda islam


Proses pembentukan pemuda Islam yang tulen dan bertepatan dengan lunas-lunas
Islam mestilah berpaksikan “ Mimbar Muhammadiah” . Sudut kelansungannya dapat dihayati melalui pembahagian dalam fakta-fakta yang dapat kita lihat dan kaji seperti berikut :

1.Kejituan keimanan :- Keimanan yang dimaksudkan adalah pegangan yang kuat yang tidak dapat digugat oleh tekanan dalaman dan luaran ataupun rapuh dilanda arus pasca – modenisasi . Iman merupakan asas akidah yang pertama kerana apabila gugur salah satu daripada komponen iman maka runtuhlah sistem akidah .

Firman Allah Taala dalam surah al- Hujjurat ayat 15 :

انما المؤمنون الذين امنوا با اللة ورسوله ثم لم يرتابوا وجاهدوا بأموالهم و أنفسهم فى سبيل الله أولئك هم الصادقين (1

2. Keikhlasan Yang Benar : - Ini kerana segala tugas ataupun amaliah yang berkaitan dengan perkara Rububiyyah dan Ubudiyyah berkait rapat dengan ikhlas . Segala usaha dan tindakan tidak akan tercapai ke matlamat yang dikehendaki melainkan semata-mata ikhlas terhadap Allah Taala kerana ia dalam tindakan susulan akan berhadapan dengan dua unsur yang berlawanan antara yang Haq dan yang Batil , Iman dan Kufur .

Firman Allah Taala dalam surah al- Baiyinah ayat 5 :

وما أمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفا و يقيموا الصلاة و يؤتوا الزكاة و ذلك دين القيمة (4)


3. Keazaman Yang Kuat : - adalah satu unsur yang mengalir dalam diri remaja yang dapat membentuk jiwa remaja menjadi kuat apabila berhadapan dengan halangan tanpa merasa takut dan gentar mahupun malu dalam menyatakan kebenaran . Firman Allah Taala dalam menjelaskan sifat pemuda Islam dalam menyampaikan siri dakwahnya tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 39 yang berbunyi :


الذين يبلغون رسالات الله ويخشونه ولا يخشون أحدا الا اللة (5)



4. Usaha Yang Berterusan Tanpa Mengenal Erti Penat Dan Lelah Serta Putus Asa :- Dalam melaksanakan tugas Ilahi ini , memerlukan kepada pengembelengan tenaga yang cukup banyak dan besar, samada dari sudut ilmiah , tindak kerja , gerakan dakwah dan sosial (pergaulan dengan masyarakat umum ) .
Gambarannya telah Allah Taala jelaskan dalam surah at-Taubat ayat 105 :

وقل اعملوا فسيرى الله عملكم ورسوله والمؤمنون وسيردون الى عالم الغيب والشهادة فينبئكم بما كنتم تعلمون (6)


5 . Pengorbanan :- Adalah satu sifat atau pun ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh setiap remaja Islam yang mana mereka ini tidak mengenal erti futur atau kalah melainkan hanya kemenangan ataupun syahid . Tugas Islam ini tidak akan dapat dicapai melainkan dengan adanya pengorbanan , kerahan tenaga ,harta dan masa dalam jihad fisabilillah . Dengan adanya pengorbanan inilah sejarah dan ketamadunan Islam terbina dan tersergam indah di mata dunia dan keagungangnya menjadi kegerunan musuh Allah .

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 314 yang berbunyi :



أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين أمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب (7)



0 comments:

Post a Comment